Friday, February 27, 2009

ALL BOUT ME


aLL bOUt mE!!!!

Name aq NOORSHAKILA...
aq ni jenis simple je...
tp kadang2 org rimas gak ngan aq..
coz aq ni sometime x tetap pendirian..
suke berubah2..
sat jd camni..sat cam len lak..
aq suke ikut gaye org...
paling ketare time ckp..sat aq loghat kelate..sat cam perak tgh lak..
kadang2 tu style KL plak..ntahla
aq pon xtau pasaipa la aq camni..
hahah..lantak la..
aq ni eppy go lucky...slalu je eppy..tp slalu gak moody..sedeyh2 ker2..
huhu..tu la org ckp aq ni pelik ckit,hahaha
idup fam aq byk berhijrah coz my dad work as soldier..but nw x g mne2 dah..coz dad dah pencen..
time upsr..aq dpt result ok gak..aim nk p sbp..tp xde rezki..
so time pmr aq pulun la lebih skit...
alhamdullilah..based ngan ape aq dpt time pmr..aq layak la msk mrsm...fuhh dpt p MRSM LENGGONG pon jd la..
hahahhah...kat ctu la aq byk sgt blja erti khidupan n pershabatan..
nk dijdkan cter..dlu 1st2 time nk msk mrsm tu..punyer la xcited mcm aksi 'dunia ini aq yg punye'..hha(ingat lak time exam spm..sume study blk tggl dah f5 bez gler coz xde org...ktrg nk wat ape pon suke2 ati bak kate dlm cter p ramlee tu..hihi 'maktab ini aq yg punye')
tp ble dah msk mrsm..sethn beb aq wat perangai mcm han2..hahah
mcm bdk2..lepas tu ok r...
msk f5 aq eppy skit +bz ngan keje2 f5 n terlibat ngan LDP(lembaga disiplin pelajar)
tmbh syok lagi aq rummte ngan bdk yg xpenah aq pk kwn ngan depa..
tgk..jodoh kita xtau kan..
mcm tu la idup aq spnjg kat mrsm tu smpai skrg frenship aq ngan bdk2 mktb kamcing lagi..
i hope frenship ini xkan dilupakan n we still keep in touch...
itu la serba sikit 'allbout me'...tengteng....heeh ;-)

Wednesday, February 18, 2009


1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar danboleh menga kibatkan penyakit Alzheimer.

4. Penggunaan gula yang berlebihan- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Tuesday, February 17, 2009


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!Amin Yarabbil Alamin.