Friday, August 19, 2011

~~itukah yang kau kata cinta,sayang???~~

Cinta Tiada Senyuman Bahagia.

Tegar mengulum senyum duka.
Wajah dihiasi pawana merah menyala.
Hati sembunyi ke tepi, sorokkan kesan cedera.
Oleh dia yang kau laungkan penuh rasa cinta.

Bahagia.
Kau belum pernah temui erti suka.
Tidak, kau pernah jumpa tapi sudah terlepas dari genggaman, sirna.
Muka lebih dipalit warna duka.

Kau mendesah, penat.
Kau menjerit, hidup ini palat.
Kau kata cinta penuh muslihat.
Sayangnya, kau sudah terikat.
Tangan kau tersimpul cermat.
Langkah kau tersekat.
Sebab kau terlalu lambat.

Dia yang kau kata cinta, ketawa berdekah.
Dia tahu dia berkuasa atas tubuh yang sedia untuk diratah.
Dipalit satu hinaan, tidak akan menitiskan darah merah.
Apalah beza satu molekul dengan satu zarah?
Nasihat berkuping, telinganya langsung tidak mahu menjamah.
Kausnya hati, hilang tunas rasa lidah.

Dia itu manusia beku.
Kalah aku yang beku tapi masih mampu menghitung waktu.
Saat dia kata mahu istirehat, dia bermain dengan insan lain, mengira bulu.
Ketika dia menitip pesan mahu lena, dia bertukar-tukar kata dengan manusia negara penuh salju.
Kau lihat sendiri, tapi kau pujuk hati, tutup tetingkap Mukabuku.
Telefon genggam kau capai dan hubungi aku.
Melepaskan perasaan dan teresak sendu.
Tangisan itu mengundang rasa pilu.
Dalam hati aku yang berjalur biru.

Itu yang kau kata cinta.

No comments:

Post a Comment