Wednesday, January 15, 2014

TAHUN 2014~ KU MELANGKAH

Setelah hampir 2 tahun tak update blog ni, terase hari ni nk coret sesuatu. Alhamdllh tgl lebih kurang 2 minggu lagi aku bakal menghabiskan pengajian aku.. Degree in Statistic. Selama 3 tahun ak ak menghempas pulas akhirnya ak hmpir mcapai segulung ijazah. siapa kata nk dapat segulung ijazah tu mudah. macam2 d lalu. aku berharap langkah terkahir ak ni berakhir dengan pengakhiran yg baik. InsyaAllah.        tahun 2014 jugak aku melangkah dengan lebih berhati2 dalam segala perancangan aku. perit suka duka tahun 2013 buat aku tabah hadapi segala dugaan dan rintangan. ak bergaul dalam mcm2 persatuan. tua muda laki ppuan ak bkawan je.. asalkan batas terjaga, pgaulan tu x jadi masalah. asalkan dlm hati ade pedoman.      azam dan impian berada d bayangan dan cerminan masa depan aku. aku akan pastikan segala impian ak akan jadi kenyataan. cepat atau lambat itu bezanya. aku percaya kalau kte usaha lebih,pasti Tuhan memberi jalannya.     ok, sekarang umur ak melangkau 23tahun. diam tak diam, dah 23tahun. kejap je. terase tua kejap bile mula2 ade tegur umur dah 23tahun. mak aih...biaq betul. hmm.. sedih gak bile d kenang kisah2 pcintaan yg tsadai tengah jalan. time peak2 duration slalu d duga camtu. tu lah cara Allah nk uji aku. smpai buat ak serik yg tersangat amat pd "lelaki".. smpai hari ni, ak masih tak percaya pd lelaki dan cinta yg mereka berikn. tak setimpal dengan luahan dan harapan yg ak impikan. mungkin ak ade silap serongnya, tapi..do i care. biar lah..kalau dah kau nk curang, senang je. one day kau akan terima lah balasann
ya.. Doa2 org yg dizalimi selalu dmakbulkan. uolls fikir lah, adil ke jadi mcm ni if kte berikan kepercayaan,setia,memahami dye kununnye dye bz dgn hal2 dye..but sebenrnye ade plak mse layan ppuan len... dah berkali2 ak terjebak ngan kisah cmni.. mmg lah org kate ni ujian dlm phubungan, mne de hubungan xde ribut and so on.. but, we must think 1st....sume berbalik pd nawaitu kte. kalau sebenrnya dia tak jujur..mengapa nk zalimi hati2 yg tak bersalah. cari lah playgirl kalu betul nk juz main2 je...pehal kan. byk kan sekarang.     takpelah. nk take it positive selalu xleh gak. kne berkeras lah ckit. kang dipalangku nye pale kte kan. biasalah kaum hawa kan lemah. fine. to all yg penah cube mpermainkan n sedang mpermainkan and bakal permainkan perasaan org lain, fikir lah balik if one day karma tendang balik kt korunk.. korunk nk rase bahana lebih hebat kan..kununnye korunk hebat lah. korunk kne fikir kat atas sne (Tuhan kamu) sedang memerhati stiap gerak geri kamu. walaupon kamu tak sengaja,segera lah sedar. jangan sampai kamu menyesal kemudian hari. jangan d salahkan takdir andai badai dtg tatkala kamu sedang ditimpa pelbagai ujian. cari balik mne silap dan salah korunk. hubungan ngn Allah jage,tp hubungan ngn manusia kne titikberat jugak...dan hubungan hati dan hati jgn diambil mudah.       ak doakan ko bahagia dengan cara kau. memang terbaik! sekali kepercayaan aku gugur ke atas kau, x mungkin kepercayaan yg awal sme selepas kau gugurkan sebesar zarah kepercayaan itu. 

Saturday, April 14, 2012

C.I.N.T.A


Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi?

Bukankah cinta itu mulia dan tinggi?

Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa?

Benarkah itu cinta,

Kalau kita semakin keji dan hina?

Benarkah itu cinta,

kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri?

Benarkah itu cinta,

kalau kehidupan kita hilang pedoman lalu terdampar dipantai maksiat?


Benarkah itu cinta,

kalau kita lupa diri hingga tercampak kelembah yang hina dina?

Benarkah cinta yang menjadikan kita bodoh, hina, keji dan lupa diri?

Benarkah cinta yang menjadikan hati kita hitam dan kotor hingga diri kita tidak lagi ‘suci’?

Benarkah cinta yang menjadikan kita sesat dalam kehidupan?

Benarkah cinta yang menjadikan kita lupa dari mana kita datang, untuk apa didatangkan dan kemana akhirnya kehidupan?


Benarkah itu cinta Atau nafsu yang menggoda

Atau syaithan yang memperdaya

Atau Iman yang yang semakin kehilangan Nyala


Benarkah itu cinta

Atau kejahilan yang menguasai

Atau dunia yang memperdaya diri

Atau kita yang buta dan lupa

Buta terhadap kebenaran dan Iman

Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian

Lupa terhadap syaithan yang penuh kebencian

lupa terhadap nafsu yang memperdayakan insan


Bukankah semua kita inginkan kemuliaan

Bukankah semua kita mencari kebahagiaan

Bukankah semua kita mencari ‘jalan pulang’

Kenapa kehinaan yang datang

Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan

Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan

Kenapa kita terlupa ‘jalan pulang’


Benarkah itu cinta?

Atau kita yang diperdaya

Kehinaan di hias hingga mempersonakan

Kesementaraan dinampakkan kekal

Segala yang busuk terbau harum

Segala yang keji ternampak indah

Tuesday, August 23, 2011

SAYA SAYANG AWAK SEBAB DIRI AWAK... awak ingat saya main2 ke???


Awak, saya sayang awak.
Sayang awak sebab itu diri awak.
Itu sahaja.
Bukan lain.


Awak, saya sayang awak.
awak ingat tak masa kita sama2 makan eskrem?
awak penat,dahaga,berjalan seharian dengan saya
awak order jus buah,saya nk eskrem.
awak punya xsedap,awak nk kongsi eskrem dengan saya
http://farm3.static.flickr.com/2478/3916718730_ebded5cd35.jpg


saya suap awak setiap sudu eskrem tu
awak malu,saya senyum..
awak terharu ke??:)
[Gambar : Makan aiskrim bersama ya?]
Awak, saya sayang awak.
Sayang awak disebabkan awak adalah awak.
Awak yang tiada lain gaya.
Hanya awak sahaja.


Awak, ingat lagi tak masa saya suap awak masa awak drive kereta
saya suap awak ayam,mula-mula awak kata dah kenyang,
tapi bila saya hulur dan suap,
awak tetap makan juga.
sedap je tangan suapan saye.:P

Awak, saya suka bergambar.
Awak pula suka tangkap gambar.
awak suka buat kelakar,tapi awak tak gelak
saya hairan tu yang membuatkan saya gelak sorang-sorang

awak,saya suka berleter
awak pernah kata "jangan selalu berleter,nanti awak serabut"
saya minta sorry,tapi saya berleter untuk awak
saya berleter haya dengan awak seorang
sebab saya sayang awak
http://2.bp.blogspot.com/_PD9nQfhma0U/S9Vwfx7nvCI/AAAAAAAAANg/yNYDQNcpNx4/s1600/3945653591_f7fc89d6d2_large.jpg

Senyum.
Awak memang gila.
Tapi saya lebih gila.

saya memang serabut
tapi awak selalu serabut
Saya suka ketawa, dan awak suka buat saya berduka.
awak,jangan selalu buat saya berduka ya,sebab saya suka ketawa
Kita memang sama tetapi kita tak serupa

Betulkan teman tercinta?
Awak.
selalu tention dengan saya
itu bila saya tanya "itu jer??"
sebab apa,awak malu ye...
"(kissing),leb u!!"
saya tanya untuk awak saja
sebab saya sayang awak..
awak..terharu tak???
p/s:saya memang selalu buat orang terkejut dan stress,tp kepada orang yang saya sayang jer.... peaceee.... :)

Monday, August 22, 2011

JGN Pndang remeh isu NAFKAH yee....

Nafkah zahir hak Isteri

Ada sesetengah suami, dapat isteri yang bekerja or bergaji lebih, lupa or buat-buat lupa menunaikan hak isteri. Yelah, isteri dah berduit sendiri, pada dia tak perlu diberi duit. Salah tu.... Perlu diingatkan walaupun isteri bekerja, suami tetap wajib beri nafkah pada isteri, walau cuma RM50 sebulan (untuk kegunaan isteri, bukan untuk beli barang dapur, ya...). Isteri berhak menuntutnya nafkah zahir ini, dan jika suami ingkar, isteri boleh mengadu atau buat laporan... (bukan utk bercerai, ya.... tapi mengadu yang suami gagal beri nafkah pada isteri).
Suami juga tiada hak atas duit isteri. Jika dia menggunakan duit isteri tanpa izinnya (atau tanpa rela), HARAM hukumnya. Kalau masa berbelanja barangan dapur atau keperluan lain, jika suami ckp "guna duit awak dululah, nanti abang ganti.".... suami WAJIB ganti sebab itu dah jatuh hutang, unless si isteri menghalalkan. Jangan pandang remeh soal nafkah, kerana ia melibatkan dosa pahala.

Hidup suami isteri kena ada give & take... Tapi saya perhati kebanyakkan kepincangan rumahtangga berpunca dari soal nafkah zahir & batin. Kenalah ingat, jika isteri gunakan duitnya untuk perbelanjaan keluarga, isteri itu dapat pahala sedekah, tapi tidaklah bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir TETAP tanggungjawab suami.

Sesungguhnya tanggungjawab suami amat berat. Jika suami gagal menunaikan nafkah dan jika terdetik di dalam hati yang saya tidak redha dengan apa yang berlaku, automatically dah jatuh berdosa. Sebagai isteri yg diizinkan bekerja, saya bantulah apa yang patut untuk meringankan beban suami.

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri ini berdasarkan perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

Ayat itu menjelaskan suami wajib menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri secukupnya, berdasarkan kemampuan tanpa lokek atau berlebih-lebihan. Jika suami tidak menjalankan tanggungjawabnya atau nafkah yang diberi tidak mencukupi sedangkan dia mampu maka isteri boleh mengambil daripada harta suami dengan cara yang makruf walaupun dia tidak mengetahuinya.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan mengadu kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah kepadaku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya. Baginda menjawab: Ambillah apa yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf.”

Pemberian nafkah boleh dilakukan dengan cara suami menyediakan segala yang diperlukan isteri dan anaknya atau suami memberikan wang kepada isteri untuk membeli keperluannya. Jika suami sudah sediakan nafkah wajib ke atasnya, wang tidak perlu diberikan lagi.

revise nafkah hak isteri:

i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam
termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461
dan wang setiap bulan..RM50 pun xpe...

ujian dlm alam perkahwinan..nice 2 read!!

Aku lihat, semua orang berbahagia dengan perkahwinan. Video perkahwinan yang menghiburkan. Lagu-lagu typical Taylor Swift. Gambar indah sana-sini. Tapi, terus terang aku cakap. Itu bukanlah perkahwinan yang sebenar. Kerana perkahwinan yang sebenar akan bermula pada 3 bulan pertama. Perkahwinan yang sebenar adalah bermulanya dugaan dan ujian. Itu saja. Sama ada kau berjaya harungi bersama, atau kau terkandas, atau kau bercerai-berai. Pilih.

Hubungan dua hala bak kata Cob Nobbler bukan mudah. Ia mudah untuk kita lafaz dan bincangkan. Namun, apabila sudah merasakan sendiri, baru kita tahu sebagaimana. Baru kita tahu isteri kita langsung tidak sama sekali boleh di kaitkan dengan pelacur kelas pertama seperti yang di pendapatkan oleh golongan Al-Arqam mahupun parti bulan.

Aku tak mahu melalut terlalu banyak. Ini lah pemerhatian aku mengenai tempoh masa dalam perkahwinan.

3 bulan selepas perkahwinan.

Apabila kamu melihat suami kamu suka meletakkan baju bersepah. Seluar dalam campak sana-sini tak pandai kemas. Gantung baju suka-suka dah macam buat rumah ini seperti kotai. Pengotor dan suka berbogel di dalam rumah. Apabila kamu melihat isteri kamu rupanya kuat membuta. Tak pandai memasak. Masak asam pedas bertukar jadi masak sambal cili merah. Tak pandai menjahit seluar kamu yang koyak dan hanya tahu membebel sahaja.

Itu baru ujian ringan. Ujian menyesuaikan diri.

1 hingga 4 tahun selepas perkahwinan.

Kamu masih tiada anak. Si suami mula persoal. Si isteri mula merungut. Bermacam posisi di buat, tapi semua tidak berhasil. Segala ubat cuba di telan, segala tukang urut batin di jumpa, segala doktor sakit tuan dan puan di temui. Buntu. Mula bertekak dan salahkan sesama sendiri. Kalau mula mengandung pun, tiba-tiba keguguran.

Itu baru ujian sederhana. Ujian keredhaan.

5 hingga 10 tahun.

Kamu sudah ada anak kecil. Tapi, gaji kamu si suami kecil. Kurang cukup menampung perbelanjaan sekeluarga. Kemiskinan dan kesempitan wang mulai terasa. Anak kamu mula merengek lapar dan lapar. Kamu yang isteri bekerja membantu keluarga. Tiba masa hal anak, kedua-dua kamu tidak dapat memberikan komitmen menjaganya dengan baik. Terpaksa hantar ke rumah mentua atau ibu untuk tolong jaga.

Itu pun baru sederhana sukar. Ujian ekonomi keluarga.

11 hingga 15 tahun.

Ekonomi keluarga kamu baik. Mungkin kamu juga boleh di katakan sebagai mampu. Tapi, siapa sangka si suami kamu gatal. Alpa kerana ada duit. Mula mencari perempuan lain. China doll contohnya. Kerana bosan dengan kamu. Si isteri pula, di tempat kerja terperangkap dengan lelaki lain. Jatuh cinta lagi sekali katanya. Hal ini bila di ketahui pasangan kamu, menimbulkan perang paling besar dalam perkahwinan.

Ini adalah ujian berat. Ujian kesetiaan.

16 hingga 22 tahun.

Anak kamu sudah besar. Bersekolah menengah. Ekonomi keluarga sudah kukuh. Kerana didikan yang kurang baik sewaktu anak masih kecil akibat suami dan isteri sibuk mencari rezeki. Anak kamu buat hal. Bergaduh di sekolah. Asyik meminta duit kamu. Di tangkap bercium dengan kekasih di luar. Memberontak. Lebih teruk, anak kamu mula terjebak dengan rokok, porno, kawan-kawan yang liar, rempit dan mungkin gejala yang lebih teruk seperti seks bebas, arak, kelab malam, dadah, ajaran sesat, serta akademi fantasia. Pening kepala kamu? Tak mengapa.

Itu juga ujian berat. Ujian anak.

23 tahun hingga ???

Tanya kembali, umur kamu sudah berapa? Hampir separuh abad. Anak kamu sudah besar. Hubungan kamu baik. Mungkin sudah menerima seadanya pasangan kamu. Ekonomi keluarga juga kukuh. Tetapi tiba masa, si dia pasangan yang kamu cinta, pergi meninggalkan kamu menghadap ilahi. Di saat kamu mula menikmati kenikmatan hubungan manis berdua. Kamu terpaksa bersendirian menempuh hidup.

Itu adalah ujian terakhir. Ujian kematian.

Bagi aku, perkahwinan adalah mati-hidup kita. Pengisian kita dalam dunia yang sementara. Buruk atau baik perkahwinan kita adalah melalui diri kita juga. Kita kena terbuka dalam hal perkahwinan terutama antara sesama pasangan. Usah berfikiran sempit. Bila menegur pasangan, tegurlah dengan gaya steady, kool dan power. Andaikata kamu melihat isteri kamu mengenakan shawls warna merah, baju hijau dan seluar kuning tahi itik. Jangan kamu berkata ;
"Oi sayang, awak ni merepek apa pakai baju kaler macam ni. Dah macam keling saya tengok!"
Jangan berkata sedemikian. Kecil hati isteri kamu. Dia tidak pandai berfesyen, nak buat macam mana. Kita tegur dengan gaya berhemah dan kool lah seperti ini ;
"Sayang, sayang. Abang nak cakap sikit ni, tapi jangan marah ya? Sayang janganlah pakai pakaian warna macam ni. Kurang sesuai, pakailah warna yang sekata. Barulah cantik, barulah cun. Okay ya sayangggg?"
Nampak? Kan mudah? Ayat itu biarlah kena betul. Baru tiada siapa yang sakit hati. Malah makin bertambah sayang. Jadi, berkatalah dengan steady terhadap pasangan kamu. Semoga perkahwinan kamu semua di redhai Tuhan.

Chalo, assalamualaikom!

p/s: actually ak copy rght dr belog owg jugeee....:P.sekadar bkongsi...

entry bgambar..when a guy get jeleous!!ahhah

















Sunday, August 21, 2011

BILA KEKASIH BERTEMU KEKASIH LAMA...

http://farm5.static.flickr.com/4019/4283576074_b88a418ecd.jpg
[Gambar : Kadangkala kanvas hidup tidak semestinya ceria]

Benda yang dirancangkan musnah. Kegembiraan dan kebahagiaan luntur bila mengenangkan masa yang ada untuk membina segala memori serta kenangan indah hilang begitu sahaja. Hati mula tercalar, sedikit demi sedikit dengan kehadiran orang yang dahulunya pernah menghuni marga sang kekasih pujaan jiwa. Satu demi satu calar mula tertusuk hingga mengalirkan darah merah. Luka kering, tinggal calar serta parut hodoh sebagai hiasan hati yang sudah sakit melata.

Satu.
Dua.
Tiga.
Izinkan berkongsi cerita seorang manusia.
Dia teman, dia sahabat yang aku mahu gembira.
Malangnya, di hatinya mula terdapat palitan duka.
Sakit dan terseksa.
Jiwa.

Dia gadis yang terlampau rapuh. Mencari kegembiraan sendiri bukanlah mudah. Sering terluka akibat memendam rasa dan tatkala dia mula kuat membina hidup dan kerjaya, hati mula disinggahi cinta manusia. Hidup yang selama ini diabadikan buat keluarga semata-mata sudah mula dibuka kepada seorang lelaki yang mencuri jiwanya. Bahagia dan senyum sentiasa dengan keadaan yang mula lain daripada biasa.

Entah kenapa, kegembiraan yang sentiasa dia syukuri itu mula terjejas dengan kehadiran bekas kekasih hatinya. Wanita itu muncul dan mula buat dirinya resah. Dia percaya lelaki itu, percaya dengan janji dan luahan cinta tetapi sejak wanita itu hadir, kelibat lelaki itu sudah hampir tiada dalam setiap hari yang dilaluinya. Tidak seperti selalu, lelaki itu akan ada dan mereka saling bertingkah cerita. Tapi sejak beberapa waktu, benda itu sudah tidak lagi berlaku. Masa seakan beku.

Apakah lelaki itu hanyut bersama bekas kekasihnya?
Apakah lelaki itu sudah lupa akan janji mereka bersama?
Apakah hatinya yang bersangka buruk hingga hampir nanar dan gila?
Entah, dia tiada jawapan walau berfikir pecah kepala.

http://farm4.static.flickr.com/3491/3713326329_c504618e58.jpg
[Gambar : Dia sudah lupa apa itu kesihatan terhadap diri sendiri.]

Gadis : Maaf tadi telefon masa kau mesyuarat.
Aku : Tak mengapa. Dah habis dah ni.
Gadis : Maaf mahu susahkan kau lagi.
Aku : Ah, tiada apa-apa. Kenapa ni?
Gadis : Aku sedih sampai dah tak tahu nak buat apa.
Aku : Apa jadi?
Gadis : Kekasih aku jumpa bekas teman wanita dia lagi. Atau lebih tepat lagi, perempuan itu cari dia.
Aku : Ada urusan apa?
Gadis : Sengaja, suka-suka. Bercuti sambil bekerja di kawasan dia.
Aku : Anggap yang baik sahaja.
Gadis : Sejak wanita itu datang, teman lelaki aku langsung tak hubungi aku.
Aku : Eh, kenapa?
Gadis : Dia kata dia sibuk uruskan keperluan wanita itu.
Aku : Kenapa wanita itu tak uruskan diri dia sendiri?
Gadis : Entah.
Aku : Kau telefonlah teman lelaki kau, kalau dia tak hubungi kau.
Gadis : Setiap kali aku telefon, operator yang jawab. Kalau aku hantar SMS, dia tak balas.
Aku : Oh, itu gila.
Gadis : Hari itu ada kecelakaan di tempat berhampiran kediaman dia, aku risau jika kawasan rumah dia terjejas sama, aku cari dia berkali-kali tiada jawapan sampai aku terpaksa selongkar FB kawan dia satu persatu untuk tahu kalau dia selamat.
Aku : Habis tu?
Gadis : Dia selamat. Aku tanya pada kawan dia yang kawan dengan aku juga.
Aku : Dia tak hubungi kau?
Gadis : Dia cuma hantar pesanan dia selamat dan itu sahaja.
Aku : Itu sahaja?
Gadis : Ya. Kau tahu apa aku rasa sekarang ni?
Aku : Apa dia?
Gadis : Aku nak ambil penerbangan ke tempat dia dan cari mereka, tengok apa mereka buat.
Aku : Eh, kau kan kerja?
Gadis : Itu kalau aku gila, setakat ini aku cuma dapat berserah dan paksa diri aku percaya dia.
Aku : Tabahlah ya? Aku faham apa yang kau rasa.
Gadis : Kenapa? Kau pernah rasa?
Aku : Tak nak jawab soalan itu, cuma cukuplah aku kata aku faham ya? Kau kena kuat, kau sibukkanlah diri ya? Supaya kau boleh tenang macam selalu.
Gadis : Aku tak kuat Zara, aku tak kuat.
Aku : Kau boleh. Kerapuhan kau adalah kekuatan kau sebenarnya. Percayalah.
Gadis : Kau tahu aku sedang menangis kan?
Aku : Boleh dengar, cuma jangan ikut perasaan.
Gadis : Kalau kau di tempat aku sekarang ini, apa akan kau buat Zara?
Aku : Kalau aku? Aku akan buat macam aku cakap pada kau tadi. Buat sibuk dengan kerja lain sehingga aku tak fikir apa-apa selain kerja.
Gadis : Kau boleh ke lupakan benda begini bila sibuk?
Aku : Macam aku kata, kau harus cuba.
Gadis : Baik. Kau tahu?
Aku : Apa dia?
Gadis : Aku tunggu dia dari awal pagi sampai aku terlelap entah jam berapa.
Aku : Kesihatan diri kena jaga juga kan?
Gadis : Dah tak perlu aku jaga diri aku untuk manusia macam tu.
Aku : Haish! Jangan begitu.
Gadis : Kau comel macam panda, aku nak begitu juga.
Aku : Jangan tiru aku, aku ada alasan sendiri.
Gadis : Alasan apakah? Kecewa? Sedih? Marah?
Aku : Biar aku tanggung sendirian, kau usah risau pasal aku pula.
Gadis : Kau sakit?
Aku : (ketawa) Tidak.

[Gambar : Perlukah aku beritahu kau bahawa sesetengah manusia dalam dunia ini sangat aneh? Mereka tidak akan hargai benda di depan mata mereka dan sibuk mengejar sesuatu yang bukan milik sendiri yang nyata.]

Gadis, aku mahu kau kuat.
Aku mahu kau terus tabah.
Ini ujian kecil yang harus kau tempuh bila sudah mula masuk fasa cinta.
Itu hakikat yang hidup tidak selamanya indah.
Ia kenyataan cinta tidak semestinya bersama.

Senyum.
Kalau air mata itu masih mengalir, tolong seka.
Dongak ke atas, pandang langit dan air mata itu pasti akan berhenti dari terus keluar ke wajah.
Betul kawan.
Kalau kau tak percaya, kau boleh buat.

**tengss kawan,kau memahami keadaan ku ini...