Friday, August 19, 2011

CEMBURU BUTA KANSER PEMBUNUH JIWA...


Cemburu.
Emosi yang biasanya tercetus akibat rasa kurang senang, kurang selamat yang biasanya menjurus ke arah negatif disebabkan takut kehilangan sesuatu - kalau dalam konteks hubungan sesama manusia, ia lebih kepada hubungan manusia dengan manusia. Kebiasaannya juga, cemburu adalah cetusan dariapda gabungan beberapa emosi seperti marah, malu dan juga kecewa. Oh, dan ya, cemburu bukan dengki, lain maknanya ya?
Senyum.
Cemburu.
Ini juga boleh diibaratkan sebagai salah satu elemen dalam perhubungan. Tidak kira dalam hubungan cinta, hubungan kekeluargaan, sesama rakan, saudara atau sesiapa sahaja. Kita tidak dapat menolak bahawa sifat cemburu itu adalah sebahagian daripada sifat dalam manusia itu sendiri. Cemburu memang wujud, sama ada sedikit, sederhana, ataupun banyak sehingga dikatakan membabi buta (oh, kasihan dengan haiwan itu, manusia yang buta mata hati, nama ia digunakan. Ha ha ha)
Gambar : Buka penutup sifat cemburu dan lepaskan ia pergi daripada hati kita. Boleh begitu? Terpulang kepada setiap individu.
Cemburu.
Dalam kuantiti yang sedikit.
Biasanya begini boleh melancarkan hubungan. Sebagai contoh, jika ada pasangan bercinta, sedikit rasa cemburu mungkin akan mewarnai hubungan tersebut. Cemburu mungkin dalam erti kata sengaja mahu bermanja ataupun jika masih sedang belajar, berlumba-lumba sesama sendiri untuk mencipta kejayaan bersama. Cemburu pada tahap ini biasanya akan saling menggalakkan pasangan dan tidak membawa kepada sesuatu yang memudaratkan.
Cemburu.
Dalam nisbah yang sederhana.
Pertengkaran sudah tidak dapat dielakkan. Ada sahaja yang mahu dicetuskan. walaupun ternyata timbul dari salah faham. Tercuit sedikit, hati sudah terguris tetapi tidak disimpan lama. Segala permasalahan mahu diselesaikan dengan secepat mungkin bila punya ruang dan peluang. Aneh dengan hati sendiri dan keliru dengan keputusan yang mahu dicari walaupun ternyata, cetusan unsur luar dengan kehadiran elemen ketiga menggoyahkan ibarat angin sepoi-sepoi bahasa.
Cemburu buta.
Dalam skala yang besar.
Kebiasaannya mengikut nafsu amarah, terlindung segala kebenaran dan masing-masing mahu menegakkan pendirian walaupun ternyata ada sahaja kesalahan, tetapi tegar mahu terus diabaikan kerana diri merasakan kesalahan itu bukan berpunca daripada mereka. Silap sedikit, retak yang muncul akibat cemburu tahap sederhana hanya menunggu masa yang sesuai untuk terbelah dan musnah dalam peringkat seterusnya. Membiarkan unsur luar menguasai tanpa mahu duduk berdiskusi lebih memudaratkan situasi.

No comments:

Post a Comment