Friday, August 19, 2011


Awak sayang dia.
Awak sayang dia sepenuh jiwa.
Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa.
Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.
Awak cinta dia.
Awak cinta dia sampai tahap buang manusia.
Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja.
Awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.
Awak suka dia.
Awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena.
Awak suka dia tiada tolok banding kegilaannya.
Awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.
Tapi, awak bukan pilihan dia.
Pedih bukan rasa?
[Sumber gambar]
Awak, sila berhenti menunggu.
Menanti sesuatu yang membuatkan hidup awak tidak menentu.
Membuatkan awak keras seperti batu.
Ya, menjadikan awak sakit dan berkematu.
Awak, dia tidak layak untuk dinanti.
Sekurang-kurangnya bukan oleh awak yang sakit pedih hati.
Awak yang masih setia atas nama persahabatan sejati.
Sudahlah awak, masih banyak benda menanti.
Awak, kerasnya sebuah hati.
Kerasnya kepala awak yang penuh berisi.
Tetapi apakah awak tidak sedar awak sedang disakiti?
Dalam diam awak sebenarnya sedang sendiri.
Tanpa sesiapa pun peduli.
Tanpa sesiapa pun mencari.
Tanpa sesiapa pun simpati.
Tanpa sesiapa pun di dunia ini.
Awak terus mahu menunggu kemunculan dia.
Awak kekal mahu menjadi manusia setia.
Tapi awak tahu awak bukan sesiapa.
Bukan manusia yang dia cinta.
Bukan manusia yang dia suka.
Bukan manusia yang dia puja.
Awak, dengar sini.
Awak, baca ini.
Awak, perhatikan dan renungi.
Dia bukan manusia yang awak kena tunggu lagi.
Berhenti!
Awak, dah terlampau banyak beban yang awak galas.
Kenapa tidak pernah rasa malas?
Kenapa enggan rasa culas?
Kenapa tidak mahu lepas?
Awak, berhentilah.
Suatu hari nanti awak akan mengah.
Sudah tiba masa awak mengalah.
Bukan sebagai tanda awak kalah.
Tetapi sudah cukuplah lelah.
Cukuplah.
"Kadangkala seseorang harus membuatkan awak menangis supaya awak sedar bahawa awak layak mendapat seseorang yang membuatkan awak tersenyum"
(Shafaza Zara, 2011)
Awak, sila berhenti.
Kalau tidak, awak akan mati.
Dan tanggung sendiri.

No comments:

Post a Comment