Friday, August 19, 2011

Pemgajaran paling bmakna dlm idop!!


Ada orang menyatakan, untuk menjadi dewasa kita perlu kecewa. Kita perlu gagal untuk mengetahui lebih dari sepatutnya, kita perlu kehilangan sesuatu untuk mendapat lebih banyak. Dan semua benda yang kita lalui haruslah merasai sedikit penderitaan dan kesakitan kerana di situ terletaknya pengajaran paling bermakna dalam hidup.

Benar kah?

[Sumber gambar]

Ada yang meracau penuh benci semua benda yang dia hadapi. Menyalahkan kepada benang takdir, keluarga, diri sendiri hatta garisan tangan yang dikatakan tidak mampu memberikan tuah hingga bertindak mengelar diri. Kegilaan manusia terhadap perasaan mereka adalah begitu ajaib. Ya. Ajaib disebabkan hanya dengan sedetik jantung di dada yang menyesakkan jiwa, manusia boleh bertukar menjadi makhluk yang langsung tidak diketahui.

Tentulah bukan seperti rasaksa yang mengaum menggegarkan gunung salji.
Tetapi itulah pentingnya mengawal hati.

Ada orang sayang orang lain macam mahu mati.
Sayang sehingga sanggup korbankan diri.
Tapi, adakah dia dapat apa dia mahukan nanti?
Tercapai segala hajat di hati?
Ataupun bakal dikhianati?

Sakit.
Memang sakit apabila kita mengetahui perasaan menggunung yang kita pendam dan simpan tidak membawa sebarang erti. Kosong. Tiada makna pada manusia yang kita sayang sepenuh hati. Dalam otak kita, kita pahatkan dengan ilusi bahawa segala apa yang kita buat akan mendapat perhatian dia, limpahan kasih sayang kita akan membuatkan dia berpaling dan memegang tangan kita dengan senang, sepenuh air di kali. Tetapi malangnya, itu semua mimpi.

Perasaan mahu memiliki.
Perasaan ingin dimiliki.

Setiap manusia ada keinginan itu. Paling kurang sekalipun, manusia ingin perasaan memiliki. Sebab itu segala benda berteknologi dan apa sahaja adalah dibuat untuk manusia. Manusia ada kehendak dan keperluan yang mahu dipenuhi. Perasaan, nafsu adalah sebahagian daripada sifat manusia itu sendiri. Kau boleh mencebik orang mengatakan itu semuanya duniawi, tetapi adakah kau bukan sebahagian daripada dunia sementara ini?

Kau juga masih seorang manusia.
Sekurang-kurangnya itu yang boleh ditelah jika melihatkan rupa.

Jadi, adakah perasaan kamu sama?
Kamu fikir dan lihat semula diri yang masih bernyawa.

No comments:

Post a Comment